Antara karya yang saya minati adalah Hilal Asyraf
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana mengizinkan saya untuk menulis kali ini.
Hai......salam perkenalan bagi yang baru mengenali dan salam sejahtera kepada para pembaca saya yang setia. Tulisan kali ini, berkaitan dengan 'Novel'..yang mana kebanyakan dikaitkan dengan wanita atau kaum hawa..betul tak...betul tak.
Errrmmm
Saya tak setuju dengan pemikiran masyarakat yang ada sekarang. Bila bercakap mengenai Novel mesti dikaitkan dengan pembaca kaum hawa. Bak kata Novel adalah teman Wanita, Wanita memiliki Novel.
Novel...
Bagi saya ia membawa kearah satu halaman hidup yang baru. Kita dapat hayati sesuatu phenomena atau situasi yang tidak dapat kita alami dan hadapi. Ia juga memberi pengajaran dari hasil bacaan...nasihat yang berguna, ayat yang mempunyai maksud yang mendalam, perkataan yang baru, pelbagai emosi dan lain-lain..."kalau nak tahu bacalah novel".
Semua tu kita boleh dapat melalui pembacaan novel..bukan novel biasa saja, tapi novel ilmiah, pengajaran, dan cinta.
selain tu..
Perubahan pada diri seseorang itu juga terkesan hasil dari pembacaan novel...benda ini terjadi sendiri terhadap saya. Ada beberapa novel dapat memberikan kekuatan kepada saya, untuk mengharungi kehidupan yang serba moden tanpa sempadan ini. Ada novel yang mengubah persepsi saya tentang cinta itu, yang mana indah jika dijaga dengan baik hanya kerana Allah S.W.T. dan busuk serta rosak jika diabaikan dan diambil sambil lewa.
Setiap perkataan dan setiap ayat, ditulis dengan teliti. Mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat, dapat memberi kita peluang untuk berfikir sejenak...apa yang dimaksudkan oleh penulis tersebut..
adakah itu?.... adakah ini?...
persoalan ni mesti timbul dalam fikiran korangkan...samalah.
Saya menghayati karya novel ni bermula sejak berumur 11 tahun lagi...tapi bukannya novel cinta cintun tu...sebaliknya novel yang berkonsepkan sejarah. Maklumlah minat dalam mengetahui apa yang terjadi pada masa yang lalu (sejarah lah tu,..heheh)...
antara penulis yang saya minat karyanya ialah Hilal Asyraf
Ni serba sedikit mengenai beliau...
Nama: Muhammad Hilal Asyraf Bin Abd Razak
Asal: Johor Darul Takzim
Tarikh Lahir: 16 Jan 1989
disini saya boleh menyatakan walaupun novel itu mempunyai kesan yang negative kepada pembaca namun jika dibandingkan dengan kesan positivenya lebih banyak berbanding dengan negative...terpulang kepada kita sama ada mahu menjadikannya amalan yang berunsurkan positive atau negative. Cuba kaji dan hayati sendiri novel yang berkonsepkan ilmiah, sejarah islam, dan cinta islamic.
Ok...setakat ni jer penulisan saya kali ini. Moga Allah memberi keizinan kepada saya untuk menulis lagi....
Assalmmualaikum...
Jumpa Lagi..

