Friday, 24 July 2015

My Internship



Lembaga Zakat Selangor


5 JANUARI 2015
Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor

Pada tarikh itu dan disitu, aku menjalani latihan industri selama 3 bulan. 

Bagi memenuhi syarat untuk tamatkan pengajian Diploma in Islamic Banking and Finance, aku kenalah menjalani latihan industri atau selalu orang sebut 'Internship' . Sebelum nak pergi menjalani latihan industri..mestilah kena ada tempat yang kita nak pergi kan...jadi..aku perlu buat carian maklumat berkaitan tempat yang bersesuaian untuk aku buat latihan indusrti....beberapa bulan mencari dan menghantar resume...

syukur kehadrat ilaihi aku diterima untuk menjalani latihan industri di Lembaga Zakat Selangor. Sebelum aku diterima untuk jalani latihan industri di LZS, aku dipanggil untuk menghadiri satu temuduga di Ibu Pejabat LZS. Waktu tu budak LI dari kolej/universiti yang lain pun ada...kesemua calon seramai 10 orang..termasuklah 3 calon dari kolej saya.

Langkah seterusnya, aku bersiap siaga untuk menjalani latihan industri. Apa yang perlu aku jalani ialah mestilah kena tahu mengenai syarikat atau tempat kau jalani LI tu, nak naik apa, lalu jalan mana, dan bergerak pukul berapa. Semua perkara ni amat penting lagi-lagi bila waktu pertama kali kau datang kerja (datang awal, kemas pakaian, lapor diri). 

Aku diminta oleh akak HR LZS untuk lapor diri pada 5 jan 2015 untuk sesi taklimat. Pada hari yang sama aku mula berkerja dan ditempatkan di Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor yang terletak di Shah Alam. Aku mula-mula mohon untuk ditempatkan berdekatan dengan rumah aku, tapi tak dapat sebab dekat sana dah penuh dan ibu pejabat memerlukan tenaga pekerja yang lebih waktu tu.


Aku bertugas di kaunter macam ni, tetapi ni bagunan lama..

Mula bertugas sebagai staff di bahagian Khidmat Kaunter di Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor. Disitu aku mula berkenalan dengan akak-akak dan staff-staff yang lain. 

Memang ketentuan ilahi, mula jer kerja terus aku kena uruskan tanggungjawab yang berat..(x lah berat sangat..hehhe). Bukan apa.. dah nama khidmat kaunter mestilah kena layan pelangan dan tetamu yang datang ke LZS...jadi hari tu dah awal tahun tambahan lagi awal bulan januari, ramai yang tak dapat gaji lagi dan bantuan bulanan zakat belum dapat lagi, maka berduyun-duyunlah orang datang nak mohon bantuan. Secara khususnya, kaunter aku tu kebanyakan menerima pemohon untuk bantuan kecemasan(bantuan yang memberi duit secara cash kepada pemohon). 

Seronok sangat kerja dekat LZS...banyak yang aku  dapat pelari secara lansung dan tak lansung daripada staff-staff dan juga pemohon. Aku faham dalam kalangan kita yang senang ini ada juga yang masih hidup susah. Namun juga terdapat yang lebih susah yang saya dapati semasa bekerja disitu. Aku baru tahu ilmu pengagihan zakat secara dekat dengan merasa sendiri pengalaman mengagihkan duit zakat itu kepada golongan asnaf yang layak dan juga kepada pemohon yang layak.

Yang pasti pengalaman bekerja disitu sangat seronok....

Terima Kasih Lembaga Zakat Selangor.

Monday, 1 June 2015

Novel Adalah Guruku

Antara karya yang saya minati adalah Hilal Asyraf




Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana mengizinkan saya untuk menulis kali ini.

Hai......salam perkenalan bagi yang baru mengenali dan salam sejahtera kepada para pembaca saya yang setia. Tulisan kali ini, berkaitan dengan 'Novel'..yang mana kebanyakan dikaitkan dengan wanita atau kaum hawa..betul tak...betul tak. 

Errrmmm

Saya tak setuju dengan pemikiran masyarakat yang ada sekarang. Bila bercakap mengenai Novel mesti dikaitkan dengan pembaca kaum hawa. Bak kata Novel adalah teman Wanita, Wanita memiliki Novel.

Novel...

Bagi saya ia membawa kearah satu halaman hidup yang baru. Kita dapat hayati sesuatu phenomena atau situasi yang tidak dapat kita alami dan hadapi. Ia juga memberi pengajaran dari hasil bacaan...nasihat yang berguna, ayat yang mempunyai maksud yang mendalam, perkataan yang baru, pelbagai emosi dan lain-lain..."kalau nak tahu bacalah novel".

Semua tu kita boleh dapat melalui pembacaan novel..bukan novel biasa saja, tapi novel ilmiah, pengajaran, dan cinta.

selain tu..

Perubahan pada diri seseorang itu juga terkesan hasil dari pembacaan novel...benda ini terjadi sendiri terhadap saya. Ada beberapa novel dapat memberikan kekuatan kepada saya, untuk mengharungi kehidupan yang serba moden tanpa sempadan ini. Ada novel yang mengubah persepsi saya tentang cinta itu, yang mana indah jika dijaga dengan baik hanya kerana Allah S.W.T. dan busuk serta rosak jika diabaikan dan diambil sambil lewa.

Setiap perkataan dan setiap ayat, ditulis dengan teliti. Mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat, dapat memberi kita peluang untuk berfikir sejenak...apa yang dimaksudkan oleh penulis tersebut..

adakah itu?.... adakah ini?...

persoalan ni mesti timbul dalam fikiran korangkan...samalah.

Saya menghayati karya novel ni bermula sejak berumur 11 tahun lagi...tapi bukannya novel cinta cintun tu...sebaliknya novel yang berkonsepkan sejarah. Maklumlah minat dalam mengetahui apa yang terjadi pada masa yang lalu (sejarah lah tu,..heheh)...

antara penulis yang saya minat karyanya ialah Hilal Asyraf

Ni serba sedikit mengenai beliau...

Nama: Muhammad Hilal Asyraf Bin Abd Razak
Asal: Johor Darul Takzim
Tarikh Lahir: 16 Jan 1989

disini saya boleh menyatakan walaupun novel itu mempunyai kesan yang negative kepada pembaca namun jika dibandingkan dengan kesan positivenya lebih banyak berbanding dengan negative...terpulang kepada kita sama ada mahu menjadikannya amalan yang berunsurkan positive atau negative. Cuba kaji dan hayati sendiri novel yang berkonsepkan ilmiah, sejarah islam, dan cinta islamic.

Ok...setakat ni jer penulisan saya kali ini. Moga Allah memberi keizinan kepada saya untuk menulis lagi....

Assalmmualaikum...
Jumpa Lagi..


Sunday, 22 February 2015

Cerita Frisbee

Bukurekod2u: ULTIMATE FRISBEE: Assalamualaikum, bertemu lagi kita pada entry kali ini. Permainan Ultimate Frisbee sebenarnya masih lagi asing di Malaysia. Berikut ada...