Lembaga Zakat Selangor
5 JANUARI 2015
Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor
Pada tarikh itu dan disitu, aku menjalani latihan industri selama 3 bulan.
Bagi memenuhi syarat untuk tamatkan pengajian Diploma in Islamic Banking and Finance, aku kenalah menjalani latihan industri atau selalu orang sebut 'Internship' . Sebelum nak pergi menjalani latihan industri..mestilah kena ada tempat yang kita nak pergi kan...jadi..aku perlu buat carian maklumat berkaitan tempat yang bersesuaian untuk aku buat latihan indusrti....beberapa bulan mencari dan menghantar resume...
syukur kehadrat ilaihi aku diterima untuk menjalani latihan industri di Lembaga Zakat Selangor. Sebelum aku diterima untuk jalani latihan industri di LZS, aku dipanggil untuk menghadiri satu temuduga di Ibu Pejabat LZS. Waktu tu budak LI dari kolej/universiti yang lain pun ada...kesemua calon seramai 10 orang..termasuklah 3 calon dari kolej saya.
Langkah seterusnya, aku bersiap siaga untuk menjalani latihan industri. Apa yang perlu aku jalani ialah mestilah kena tahu mengenai syarikat atau tempat kau jalani LI tu, nak naik apa, lalu jalan mana, dan bergerak pukul berapa. Semua perkara ni amat penting lagi-lagi bila waktu pertama kali kau datang kerja (datang awal, kemas pakaian, lapor diri).
Aku diminta oleh akak HR LZS untuk lapor diri pada 5 jan 2015 untuk sesi taklimat. Pada hari yang sama aku mula berkerja dan ditempatkan di Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor yang terletak di Shah Alam. Aku mula-mula mohon untuk ditempatkan berdekatan dengan rumah aku, tapi tak dapat sebab dekat sana dah penuh dan ibu pejabat memerlukan tenaga pekerja yang lebih waktu tu.
Aku bertugas di kaunter macam ni, tetapi ni bagunan lama..
Mula bertugas sebagai staff di bahagian Khidmat Kaunter di Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor. Disitu aku mula berkenalan dengan akak-akak dan staff-staff yang lain.
Memang ketentuan ilahi, mula jer kerja terus aku kena uruskan tanggungjawab yang berat..(x lah berat sangat..hehhe). Bukan apa.. dah nama khidmat kaunter mestilah kena layan pelangan dan tetamu yang datang ke LZS...jadi hari tu dah awal tahun tambahan lagi awal bulan januari, ramai yang tak dapat gaji lagi dan bantuan bulanan zakat belum dapat lagi, maka berduyun-duyunlah orang datang nak mohon bantuan. Secara khususnya, kaunter aku tu kebanyakan menerima pemohon untuk bantuan kecemasan(bantuan yang memberi duit secara cash kepada pemohon).
Seronok sangat kerja dekat LZS...banyak yang aku dapat pelari secara lansung dan tak lansung daripada staff-staff dan juga pemohon. Aku faham dalam kalangan kita yang senang ini ada juga yang masih hidup susah. Namun juga terdapat yang lebih susah yang saya dapati semasa bekerja disitu. Aku baru tahu ilmu pengagihan zakat secara dekat dengan merasa sendiri pengalaman mengagihkan duit zakat itu kepada golongan asnaf yang layak dan juga kepada pemohon yang layak.
Yang pasti pengalaman bekerja disitu sangat seronok....
Terima Kasih Lembaga Zakat Selangor.



